ORIENTASI UMK JELI, KELANTAN

Its been a week i duduk sini, selesai sudah minggu orientasi "Minggu Mesra Mahasiswa" atau lebih dikenali sebagai Minggu 3M. Orientasi sini agak relaks berbanding dengan minggu orientasi UiTM/ MDS ๐Ÿ˜… Fasi semua baik -baik belaka. Sepanjang minggu orientasi tu korang akan dengar taklimat dari semua bahagian yang ada dalam UMK ni, ada LDK, menari, dengar ceramah, bersukan. Tu je kot. 

Kalau dapat sini korang jangan la berangan fefeeling duduk dekat bandar tu yee ๐Ÿ˜‚ sebab dekat sini kawasan luar bandar gitu. Takdak shopping mall, guardian /watsons apatah lagi kan, no wayang/cinema. Sini ada pon KFC jer tempat student lepak. hahahha. Korang boleh jimat duit kalau duduk sini sebab takde tempat shopping. Tapi kalau korang nak pergi shopping dekat mall tu boleh pergi ke Kota Bahru. 2 jam perjalanan dari Jeli. 


Basically, sini korang boleh back to nature la sebab dikelilingi oleh bukit bukau. Ada air terjun, boleh hiking pastu korang boleh tengok kabus setiap hari (pagi & petang). Cuaca pagi & malam sejuk macam dekat Cameron๐Ÿ˜ Sekarang musim hujan dengar katak jela. HAHAHA takpun dengar cengkerik.


Ni aku ada snap a few gambar area dalam UMK.

Blok A untuk student semester 1 (perempuan). Selalunya kolej kediaman dalam UMK ni untuk student Year 1 dengan Year 4. Kalau second year UMK ada sediakan taman pinggiran dekat belakang UMK. NO WORRIES dekat je kalau nak ke kelas
Bilik blok A macam ni lah tandas dekat hujung. Satu bilik untuk 3 orang




Jalan menuju ke IBS (kolej kediaman student lelaki) 




IBS (kolej kediaman student lelaki)

Lawa kan sunset view dari blok A aras 3

Okay tu je kot untuk entry kali ni. UMK pon tak explore habis lagi ni sebab baru 2 minggu dekat sini. HAAHAHA.





Comments

Popular posts from this blog

bermula perjalanan aku pakai braces (semestinya bukan fake braces)

2018 BUDGET BACKPACKER KRABI-HATYAI-SONGKHLA (4H3M)